Isu Anjing – Kolej Keris Mas

KOLEJ KERIS MAS (KKM), UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ISU ANJING

Kolej Keris Mas, 1 Disember 2021- Majlis Eksekutif Pelajar sesi 2021/2022 mengambil maklum, laporan dan keluhan pelajar di Media Sosial berkaitan dengan kehadiran Anjing Liar di kawasan Kolej Kediaman. Barisan MEP memandang isu anjing ini sebagai perkara serius kerana hal ini melibatkan keselamatan dan keselesaan penghuni Kolej Keris Mas.

Oleh itu, pihak MEP telah mengambil inisiatif untuk mengadakan perjumpaan dengan pihak keselamatan baru-baru ini. Perjumpaan telah berlangsung pada 30 November 2021 di Pejabat Wisma Aman.

Buat masa ini pihak Keselamatan tidak mempunyai banyak method untuk menangkap anjing-anjing liar ini. Hal ini kerana, pihak keselamatan tidak mahu menangkap haiwan tersebut secara kasar sehingga mengakibatkan haiwan-haiwan tersebut tercedera. Tambah mereka sudah banyak anjing yang ditangkap menggunakan sangkar perangkap dan telahpun dihantar ke pihak MPKJ.

Selain itu, kekangan dari segi sangkar perangkap yang terhad juga menjadi isu buat pihak keselamatan untuk meningkatkan lagi jumlah tangkapan anjing.

Kami dari barisan MEP juga telah mencadangkan beberapa perkara antaranya ialah untuk meminta bantuan dari pihak luar untuk menangkap haiwan tersebut. Namun pihak Keselamatan meminta kami untuk berbincang terlebih dahulu dengan pihak Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UKM.

Perjumpaan Dengan Pihak Keselamatan UKM

Berikut merupakan hasil daripada perjumpaan delegasi MEP dan Keselamatan UKM:

  1. Mereka mengatakan bahawa antara inisiatif yang boleh dilaksanakan oleh pihak keselamatan buat masa ini adalah dengan meletakkan sangkar perangkap di Kolej Keris Mas untuk menjerat anjing-anjing tersebut. Oleh itu, pihak Kolej akan menyediakan umpan untuk menangkap anjing-anjing tersebut.
  2. Pihak Keselamatan meminta perkara ini dibawa ke Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UKM (ROSH-UKM) . Oleh itu, barisan MEP Kolej Keris Mas melalui Setiausaha telah menghantar e-mel kepada pihak ROSH-UKM bagi mendapatkan perhatian mereka mengenai isu ini. SURAT KEPADA ROSH UKM (ANJING LIAR)

Sekiranya anda mempunyai cadangan untuk menangkap anjing-anjing tersebut tanpa mencederakannya sila berikan cadangan anda dalam googleform yang telah kami sediakan.

Pautan Googleform: https://forms.gle/Fm2f5iduZuDJHXv68

PDF – ISU ANJING DI KOLEJ KERIS MAS

JAWAPAN PIHAK ROSH-UKM

Berikut adalah jawapan balas pihak ROSH-UKM selepas pihak Kolej Keris Mas mendapatkan maklum balas daripada pihak mereka pada 1 Disember 2021 yang lalu.

Jawapan Balas: Surat Aduan Gangguan Anjing di KKM

 

Sekian terima kasih.

MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR
KOLEJ KERIS MAS
2021/2022
Website: https://www.ukm.my/kkm
Instagram: https://www.instagram.com/bangsakerismas
Facebook: https://www.facebook.com/kerismas