Program International Intelligence Frontier Science Innovation and Competition 2023

 

IIFIC 2023

Hari ini berlangsungnya program International Intelligence Frontier Science Innovation and Competition 2023 dengan penyertaan seramai 400 peserta terdiri 90 kumpulan inovasi dari 53 buah sekolah. Perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Tahniah kepada Sekolah Kebangsaan Changkat Tin yang telah memenangi inovasi terbaik kategori sekolah rendah dan membawa pulang wang tunai RM700. Syabas juga diucapkan kepada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang yang memenangi kategori sekolah menengah dengan membawa pulang wang tunai RM1,000.00. Turut hadir, Prof. Madya Dr. Hamidun Bunawan, Pengetua Kolej Keris Mas.
#KolejKerisMas