KOLEJ KERIS MAS

MENCIPTA KELAINAN, MENCABAR KELAZIMAN

Sasterawan Negara Pertama (1981)

Kamaludin Mohamad (Keris Mas)

Dilahirkan pada 10 Jun 1922 di Kampung Ketari, Bentong, Pahang Darul Makmur. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Benus, Pahang sebelum meneruskan pelajaran menengah di Tawaliah School, Sumatera dan diploma perguruan di Kolej Kulliahtul Muallmin al-Islamiah, Sumatera. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di Pitman College, Singapura untuk membolehkan beliau mengambilkan peperiksaan Matrikulasi Universiti London, tetapi pelajaran beliau tergendala kerana Perang Dunia Kedua.

Kamaludin Mohamad yang lebih dikenali dengan nama pena Keris Mas merupakan tokoh besar dalam dunia kesusasteraan Melayu moden. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 9 Mac 1992 pada usia 69 tahun di Hospital Kuala Lumpur, meninggalkan warisan penulisan yang terus hidup sebagai sumber inspirasi generasi masa depan.


Kerjaya

  • Memulakan kerjaya sebagai guru di Madrasah Khairiah, Temerloh, serta aktif dalam arena politik tanah air.
  • Menjadi Anggota Sidang Pengarang Utusan Melayu dan memajukan majalah Mastika.
  • Peneraju Dewan Bahasa dan Pustaka (1956–1977) atas pelawaan Profesor Diraja Ungku Aziz.
  • Berkhidmat sebagai Penulis Tamu di Universiti Malaya dan DBP.

Sumbangan

  • Pemimpin utama pergerakan Angkatan Sasterawan 50 (Asas 50) yang memperjuangkan konsep "Seni untuk Masyarakat".
  • Memainkan peranan kritikal dalam memodernkan genre cerpen sastera Melayu.
  • Menghasilkan lebih 60 buah cerpen sehinggalah akhir 1960-an, termasuk cerpen tersohornya "Wasiat Orang Bangsawan" (1946).

Anugerah

  • Penerima pertama gelaran berprestij Sasterawan Negara pada 26 April 1981.
  • Anugerah Pejuang Sastera (1976).
  • Menerima pengiktirafan serantau menerusi S.E.A. Write Award.
  • Ijazah Kehormatan Doktor Persuratan (D.Lit) daripada Universiti Sains Malaysia (USM).
Sejarah Kolej
  • 1994 | Perjanjian Dasar Perumahan Kertas Kerja mengenai Dasar Perumahan Universiti dibentangkan. Termeterai perjanjian antara Pertubuhan Alumni (melalui Alumni UKM-PMD Sdn. Bhd.) bersama universiti untuk membina kamsis swasta pertama di Malaysia.
  • 1997 | Cabaran Ekonomi Pembinaan bermula pada 6 Januari 1997 dan dijangka siap pada awal 1999. Bagaimanapun, projek mengalami gangguan dan tergendala akibat krisis kewangan serta kegawatan ekonomi yang melanda Asia pada pertengahan tahun 1997.
  • 1998 | Kemasukan Sulung Pelajar Kamsis Alumni mula menerima kumpulan pelajar terawal untuk menduduki fasiliti ini bagi sesi 98/99 dengan kapasiti permulaan seramai 500 orang yang diuruskan oleh pihak pemaju.
  • 1999 | Evolusi Kepada Kolej Alumni Nama entiti bertukar daripada Kamsis Alumni kepada Kolej Alumni ekoran bilangan penghuni yang melonjak mendadak melebihi 2,500 orang pelajar. Pada Julai tahun yang sama, pengurusan diambil alih secara berperingkat oleh universiti.
  • 2000 | Pengambilan Alih Sepenuhnya Selepas melalui fasa pengurusan bersama membabitkan penyelenggaraan perkakasan fizikal oleh pemaju, pihak universiti akhirnya mengambil alih pengurusan kolej secara mutlak pada Jun 2000.
  • 2006 | Perasmian Kolej Keris Mas Pada tanggal 15 November 2006, kolej kediaman ini dirasmikan dengan nama rasmi Kolej Keris Mas, mengabadikan nama tokoh Sasterawan Negara yang ulung sebagai identiti utama korporat kolej.
Visi & Misi
Visi

Menyediakan perkhidmatan penginapan & kemudahan kondusif.

Misi

Menjana kecemerlangan akademik, sahsiah & kebudayaan.

Tema

Bersatu membina kecemerlangan bersama.

Imej

Kolej bertekad memartabatkan seni budaya nasional di kalangan mahasiswa.