Buku kNovasi



kNovasi

Kongres dan Pertandingan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (kNovasi) adalah satu acara tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Pengajaran dan Pembangunan Kurikulum, UKM bermula 2009. Sejak ia dianjurkan, kNovasi telah menarik minat ramai penyelidik dan inovator dari peserta institusi pendidikan tinggi, sekolah dan pihak industri.

 

Dalam kNovasi 2020, lebih 250 makalah serta inovasi telah diterima dan banyak makalah telah diterbitkan dalam jurnal berindeks dan sebuah buku yang diterbitkan oleh Penerbit UKM serta beberapa makalah lain berada dalam proses penerbitan. Sementara itu, produk dan inovasi PdP yang telah dipertandingkan telah disebarluaskan di seluruh Malaysia dalam empat siri Majalah kNovasi.

 

 

 

Tema
“Menginsankan Pendidikan Digital”

Semasa wabak ini, kita semua terpaksa melakukan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian dan secara jarak jauh. Sebelum wabak ini, pelajar berada di satu tempat sama ada sekolah atau universiti, jauh dari rumah untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara formal. Oleh kerana wabak sedang melanda, kebanyakan pelajar berada di rumah dan pembelajaran formal masih diteruskan tetapi ia disampaikan tanpa sempadan. Ruang tidak terbatas dan pembelajaran dapat dilakukan bila-bila masa sahaja, di sebarang tempat dan juga boleh berlaku secara segerak atau tidak segerak. Kami percaya bahawa pandemik ini adalah perangsang yang mencetuskan banyak perubahan dalam kehidupan seharian kita termasuk bidang pendidikan. Oleh itu kesannya akan tinggal bersama kita lebih lama daripada yang kita bayangkan.

 

 

 

Oleh itu, tema Kongres dan Pertandingan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (kNovasi) 2022 memberi tumpuan kepada ‘Menginsankan Pendidikan Digital’. Anda boleh berkongsi pengalaman anda dalam setahun cara pengajaran dan pembelajaran berlaku dari pihak anda termasuk sebarang inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang anda telah eksperimen, terima pakai dan amalkan. Kami berharap ini akan menjadi pelantar agar kita semua dapat saling memanfaatkan antara satu sama lain untuk bersama-sama melalui perubahan mendadak ini.

Objektif

a) Menggalakkan penerbitan warga akademik dan profesional dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan diterbitkan di dalam jurnal terbitan UKM.

b) Menyediakan sebuah landasan bagi warga akademik dan profesional di dalam dan di luar UKM untuk berkarya, berkongsi dan menyebarkan hasil inovasi dan kreativiti dalam PdP yang dilakukan.

c) Menggalakkan aktiviti evidence based learning dalam PdP kerana satu avenue dalam PdP disediakan untuk berkongsi dan menyebarluaskan aktiviti PdP yang telah dilaksanakan.

 

poster_tema_KNOV2022_2_SOCMED (1) (1)

Poster Bengkel kNovasi2022


Kategori

Kategori dalam kNovasi 2022 adalah :

1. Pembentangan Makalah

2. Bicara Tuntas dalam Pertandingan Inovasi

3. Pembentangan Makalah dan Bicara Tuntas dalam Pertandingan Inovasi

4. Pertandingan Inovasi Kategori Pelajar (Sekolah & IPT)

5. Peserta Biasa

Sub Tema

Sub tema dalam kNovasi 2022 adalah: 

1. Pendekatan Memperkasakan Masyarakat

2. Teknologi Pembelajaran Berpusatkan (Fokus) Pelajar

3. Penilaian dan Pentaksiran Alternatif dan Programatik

 

Pakej

Pakej dalam kNovasi 2022 adalah :

Pakej A : Pertandingan Inovasi DAN Pembentangan Makalah

Pakej B : Pertandingan Inovasi ATAU Pembentangan Makalah

Pakej C : Pelajar Sekolah & IPT (Perlu tunjukkan ID pelajar)

Pakej D : Peserta Biasa

Panggilan Penyertaan

Jawatankuasa penganjur mengalu-alukan makalah hasil penyelidikan dan inovasi baharu dalam bidang Pengajaran dan Pembelajaran di bawah dua kategori berikut:

Panggilan Pembentangan Makalah Penyelidikan

Semua makalah mestilah asli dan tidak pernah dihantar ke mana-mana persidangan. Makalah tersebut adalah dialu-alukan namun tidak terhad kepada sub-tema berikut:

1. Pendekatan PdP Memperkasa Masyarakat

2. Teknologi Pembelajaran Berfokuskan Pelajar

3. Penilaian dan Pentaksiran Alternatif / Programmatik

Makalah terpilih akan dijemput untuk dipanjangkan yang akan diterbitkan dalam jurnal berindeks seperti ESCI, Scopus dan MyCite. Manakala, lain-lain makalah akan dijemput untuk dipanjangkan sebagai bab dalam buku yang diterbitkan oleh Penerbit UKM.

Bicara Tuntas dalam Pertandingan Inovasi

Semua peserta dari institusi pendidikan tinggi, sekolah dan pihak industri adalah dijemput untuk menyertai Pertandingan Inovasi yang dibuka mengikut kategori berikut:

1. Pendekatan PdP Memperkasa Masyarakat

2. Teknologi Pembelajaran Berfokuskan Pelajar

3. Penilaian dan Pentaksiran Alternatif / Programmatik

Tarikh Penting

Pembentangan Makalah Penyelidikan                                                    

Tarikh akhir pendaftaran                                                         7 Julai 2022     21 Julai 2022  TELAH DITUTUP

Tarikh akhir penghantaran abstrak panjang                         30 Jun 2022      14 Julai 2022 TELAH DITUTUP

Makluman penerimaan abstrak panjang dan abstrak          7 Julai 2022       21 Julai 2022 TELAH DITUTUP

Tarikh akhir penghantaran kertas kerja penuh (pilihan)      7 Ogos 2022

Tarikh tutup pembayaran yuran                                             7 Julai 2022      21 Julai 2022  TELAH DITUTUP

Bicara Tuntas dalam Pertandingan Inovasi                                              

Tarikh tutup penghantaran abstrak                                        30 Jun 2022     14 Julai 2022 TELAH DITUTUP

Tarikh tutup penghantaran tiga minit video                           21 Ogos 2022   

Tarikh tutup bayaran                                                                7 Julai 2022      21 Julai 2022 TELAH DITUTUP

Bayaran Pendaftaran

1. Pembentangan Makalah: RM300/USD75

2. Bicara Tuntas dalam Pertandingan Inovasi: RM300/USD75

3. Pembentangan Makalah dan Bicara Tuntas dalam

 Pertandingan Inovasi: RM500/USD125

4. Pertandingan Inovasi Kategori Pelajar (Sekolah & IPT): RM100/USD25

5. Peserta Biasa: RM100/USD25

Penaja Bersama

Hubungi  I   Misi & Visi  I  UKM  I  Dokumen 

Dibangunkan oleh Pengajaran UKM. Hakcipta © 2022 Universiti Kebangsaan Malaysia

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor

Penafian : Sepanjang melayari laman web ini, anda boleh terpaut dengan lain-lain laman web yang bukan di bawah kawalan PENGAJARAN-UKM tiada kawalan terhadap isi, jenis dan ketersediaan laman web berkenaan.  Pautan tertera dan tersedia tidak seharusnya memberi andaian sebagai suatu syor galakan atau pengesahan kepada pandangan yang terungkap.

Laporan kNovasi UKM

Laporan kNovasi UKM 2021 

Pautan laporan tersebut adalah seperti berikut:  LINK

Laporan kNovasi UKM 2022

Pautan laporan tersebut adalah seperti berikut: LINK 

ms_MYMalay