MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Apps

Baja Sawit App

Aplikasi mudah alih BAJA SAWIT berasaskan infografik dibangunkan oleh penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Universiti Putra (UPM) di bawah geran kursi endowment UKM-MPOB untuk dijadikan panduan amalan baik pembajaan dalam kalangan pekebun kecil sawit.

Tujuan aplikasi adalah untuk membantu pekebun kecil tentang amalan pembajaan sawit dengan betul. Penerangan infografik secara visual adalah bertujuan maklumat disampaikan secara ringkas, tepat, menarik dan mudah difahami oleh golongan sasaran pekebun kecil.