MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Gema Ilmu SEKOLAH@UKM: Sihat & Ceria bersama Sawit

June 10, 2018 | Seluruh Malaysia

Gema Ilmu Sekolah@UKM merupakan medium baharu bagi memperkenal dan mempromosi aktiviti/ program/ projek di bawah Sekolah@UKM kepada sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Melalui inisiatif ini, sebanyak 113 program telah diadakan sejak tahun 2016 dan melibatkan lebih 80 buah sekolah dengan penyertaan lebih daripada 700 orang guru dan 7,000 murid- murid sekolah. Sekolah@UKM terbahagi kepada empat kluster iaitu Sains Kesihatan dan Perubatan, Kejuruteraan, Sains Sosial dan Kemanusiaan serta Sains dan Teknologi di sekitar Selangor dan lembah Klang.

Penglibatan Kursi Endowmen MPOB-UKM dalam program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada remaja sekolah khususnya mengenai keselamatan dan kesihatan penggunaan produk makanan yang berasaskan sawit. Di samping itu juga, penganjuran program ini dapat menonjolkan peranan Kursi Endowmen MPOB-UKM dalam usaha membantu MPOB mempromosi dan memberi pemahaman mengenai produk berasaskan sawit kepada pengguna tempatan khususnya kepada golongan remaja. Ia juga dapat meningkatkan pendedahan dan pengetahuan murid sekolah kepada indusri sawit dan visbiliti Kursi melalui tajaan program dan hadiah berupa produk berasaskan sawit. Antara aktivit yang berjaya dianjurkan adalah:
i. Peraduan mewarna lanskap sawit,
ii. Pameran poster dan pop kuiz sawit,
iii. Jigsaw puzzle sawit