MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) ke-16, 2023

August 6, 2023 | The Light Hotel, Penang, Malaysia

Pengurusan Kursi juga telah menjadi penganjur bersama bagi menganjurkan Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) ke-16, 2023. Persidangan ini telah berjaya dilaksanakan dengan tema ‘Ketahanan dan Keterangkuman dalam Memacu Pemulihan Ekonomi di Era Ketidakpastian Geo-Politik’ bersesuaian dengan negara yang sedang pulih dari pasca pandemik dan keadaan ketidakpastian geo-politik yang dialami negara sekarang.

Persidangan ini telah dihadiri oleh lebih 350 orang peserta daripada pelbagai kementerian, agensi dan juga industri. Pencapaian daripada penganjuran persidangan ini telah memberikan impak yang besar kepada Universiti dimana platform penganjuran persidangan tersebut telah diangkat sebagai Malaysian Economic Forum yang akan memberikan impak kepada kemajuan negara melalui perbincangan, kolaborasi strategik dan sinergi bersama kepakaran Universiti dan pakar- pakar ekonomi di dalam negara.

Selain itu, persidangan ini telah memperkasa hubungan strategik antarabangsa dua hala antara UKM sebagai universiti awam di Malaysia dengan universiti luar negara yang turut terlibat dalam persidangan ini. Sekaligus kerjasama strategik ini telah mengeratkan hubungan strategik antara universiti- universiti awam dan swasta Malaysia dalam bidang pendidikan dan penyelidikan. Persidangan ini juga telah menyerlahkan usaha dan kolaborasi UKM, Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi dalam membantu merancang pertumbuhan ekonomi menerusi platform perbincangan dan forum yang telah berlangsung dalam persidangan ini.