MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Project Transformation Harvesting Machine: Harcol Harvesting Robot

November 14, 2018 |

UKM dan Feng Chia University (FCU) telah menjalin kerjasama melalui MoU yang ditandatangani pada tahun 2013. Untuk meluaskan lagi skop kerjasama yang telah terjalin, kedua-dua pihak sedang mengendalikan sebuah projek gegar gamat iaitu Harcol Harvesting Robot yang diketuai oleh Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd. Marzuki Mustafa bersama Kursi Pembangunan Lestari UKM-YSD dimana penglibatan Kursi Endowmen MPOB-UKM adalah dalam aspek kajian sosioekonomi. Kerjasama ini dapat memupuk perkongsian pintar antara kesemua industri yang terlibat dalam menjana pendapatan dan mengukuhkan kebajikan untuk menggalakkkan pembangunan sosioekonomi masyarakat tempatan. Projek penyelidikan gegar gamat ini telah dibentangkan kepada Menteri Industri Utama dan juga Ketua Pengarah MPOB pada 14 November 2018.