MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Dampak Pengluasan Pasaran dan Kaitannya dengan Intergrasi Sosial Pekebun Kecil Sawit di Daerah Semporna, Sabah

Grant Category, Year:  Cluster Research Grant, 2017 

Abstract

Sektor tanaman kelapa sawit merupakan sektor yang penting bagi negeri Sabah. Sumbangan sebanyak 30 peratus daripada keseluruhan tanaman kelapa sawit di seluruh Malaysia telah menjadikan Sabah sebagai pengeluar kelapa sawit terbesar di Malaysia. Justeru itu, adalah menjadi keperluan untuk mengangkat kawasan pantai timur Sabah sebagai kawasan yang berpotensi besar untuk pembangunan kawasan tanaman kelapa sawit yang meliputi kawasan Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan.
Oleh yang demikian, fokus pihak MPOB bukan sahaja dari aspek meningkatkan pengeluaran tetapi juga memberi penekanan terhadap isu intergrasi sosial pekebun kecil akibat daripada dampak pengluasan pasaran. Ini kerana dampak pengluasan pasaran melalui kuasa pasaran yang ada akan memberi tekanan ekonomi dan beban kepada golongan miskin, monopoli dan ekploitasi terhadap pekebun kecil. Dalam hal ini, tekanan ekonomi serta beban yang ditanggung oleh pekebun akan menyebabkan keperluan terhadap intergrasi sosial dengan agensi menjadi sangat penting bagi mengelakkan wujudnya unsur parasit dalam pembangunan ekonomi pekebun kecil. Penularan wabak parasit Akan menyebabkan intergasi sosial pekebun kecil dengan agensi Akan menjadi terhakis dan seterusnya mewujudkan jurang yang akhirnya menyebabkan mereka terpinggir daripada arus pembangunan. Jurang intregrasi yang wujud ini akan menyebabkan peranan agensi dalam rantaian pengeluaran dianggap tidak penting seterusnya tidak memberi sebarang manfaat kepada pekebun kecil. Hal ini jelas apabila sebahagian besar daripada pekebun kecil di kawasan kajian tidak bernaung dalam mana-mana agensi pembangunan pertanian setempat seperti koperasi, pertubuhan peladang mahupun MPOB. Hal ini sudah pasti akan memberi implikasi terhadap dasar strategi perpendapatan tinggi sektor pekebun kecil yang disasarkan oleh pihak MPOB bagi meningkatkan pendapatan dan taraf sosio-ekonomi melalui aktiviti tanaman sawit. Justeru kepincangan dalam konteks intergrasi sosial memerlukan penelitian yang secara holistik dalam konteks aktor (pekebun kecil dan agensi). Sesungguhnya persoalan yang menyentuh jurang intergasi sosial dalam kalangan pekebun kecil perlu dilihat dalam konteks pendekatan komprehensif sifatnya iaitu dengan menggunakan pendekatan institusi ekonomi.

Project Leader

Azima Abdul Manaf (Faculty of Social Sciences and Humanities, azima@ukm.edu.my)