MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Impak Penggunaan Media Sosial Terhadap Pekebun Kecil Sawit

Grant Category, Year:  Small Research Grant, 2021 

Abstract

Digitalisasi dalam kebanyakan aktiviti terutama berkait dengan interaksi masyarakat dan bagaimana peniaga atau firma beroperasi dan menyampaikan perkhidmatan mereka jelas menunjukkan Malaysia kini sedang mendakap ekonomi digital ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Seiring dengan perkembangan tersebut, didapati lebih 80 peratus isirumah di bandar dan luar bandar mempunyai akses terhadap mobile broadband (DOSM, 2019), serta 81 peratus rakyat Malaysia aktif di media sosial (Simon Kemp, 2020), lantas ini mencerminkan media sosial turut merupakan alat yang penting dan popular pada masa kini yang digunakan oleh segenap lapisan masyarakat. Jika diperhalusi terhadap maksud media sosial, kamus Merriam-Webster mentakrifkan media sosial sebagai satu bentuk komunikasi elektronik yang membolehkan pengguna membentuk komuniti dalam talian untuk berkongsi informasi, idea, mesej peribadi dan lain-lain perkara (seperti video). Berdasarkan definisi tersebut, maka tidaklah menghairankan apabila dalam situasi social networking menjadi praktis dalam kehidupan seharian abad ini, maka impak media sosial semakin signifikan terhadap segenap aspek komunikasi manusia termasuklah terhadap aktiviti perniagaan. Walaupun kebanyakan industri telah meningkatkan penggunaan media sosial sebagai platfom penting dalam perniagaan mereka, namun penggunaan media sosial ini di sektor pertanian terutama dalam kalangan pekebun kecil sawit masih rendah sedangkan media sosial sebenarnya mampu memberikan pelbagai cabaran dan peluang untuk kelestarian kemajuan industri sawit. Menerusi penggunaan media sosial, pekebun kecil sebenarnya boleh berkongsi perkara yang berlaku dalam operasi seharian seperti “behind-the-scenes” footage yang amat diminati oleh orang ramai serta membuat sebarang pengumuman seperti produk baharu atau tawaran terkini dan masa depan. Jelas sekali media sosial berupaya meningkatkan kesedaran pengguna terhadap jenama serta mewujudkan real-time engagement (Farm Market iD, 2019). Tetapi, jika diselusuri terhadap kajian lepas, kebanyakan petani hanya menggunakan media sosial untuk tujuan pemasaran sahaja.

Project Leader