MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Kajian Feasibility Kemampanan Pertanian Fertigasi sebagai Sumber Ekonomi ‘Buffer’ untuk Pekebun Kecil Sawit (PKS)

Grant Category, Year:  Cluster Research Grant, 2020 

Abstract

Pendapatan pekebun kecil – pekebun kecil di Malaysia amat bergantung kepada banyak elemen luaran yang memberi kesan kepada permintaan minyak sawit Malaysia. Sebagai contoh, terdapat banyak risiko isu-isu dalam pelbagai peringkat rantaian bekalan sawit yang boleh meningkatkan risiko pengurusan dan kemampanan rantaian bekalan ini. Antaranya adalah seperti krisis kejadian luar kawal seperti kemunculan virus pandemik COVID-19 mahupun SARs.

Data oleh AllianceDBS Research melaporkan bahawa pandemik COVID-19 telah menjejaskan rantaian bekalan sawit Malaysia dan global kerana banyak negara melaksanakan sekatan dan kawalan pergerakan untuk mengekang penularan wabak berkenaan. Ini secara tidak langung memberi kesan kepada pendapatan langsung peneroka – peneroka kecil di Malaysia.

Oleh yang demikian adalah penting untuk mengenal pasti dan membangunkan satu bentuk rantaian bekalan sampingan yang boleh memberikan sumber pendapatan sampingan baru untuk pekebun kecil – pekebun kecil sedia ada. Rantaian ini pula perlulah mengadaptasikan kemahiran pertanian sedia ada para pekebun kecil ini seperti melibatkan diri dalam industri pengeluaran tanaman berasaskan komoditi tanaman kontang seperti tanaman cili.

Industri pengeluaran tanaman berasaskan komoditi tanaman kontang seperti cili telah melalui pelbagai perubahan daripada sistem penanaman secara konvensional kepada pengeluaran yang mengadaptasikan teknologi tinggi untuk meningkatkan pengeluaran makanan yang semakin kompetitif.

Bagi memesatkan pengeluaran hasil pertanian secara komersialisasi, pendekatan yg lebih sistematik dan tersusun perlu di bangunkan untuk diguna pakai oleh pengusaha bagi meningkatkan
hasil pengeluaran dan pendapatan.

Sistem fertigasi pengeluaran tanpa tanah merupakan teknologi terkini yang semakin meluas penggunaannya di kalangan pengusaha bidang pertanian, di mana ia mengabungkan pembajaan dan pengairan didalam satu sistem di bawah struktur pelindung tanaman dan terbuka bagi menjamin penggeluaran hasil tinggi serta berkuliti dan merupakan alternative kepada sistem penanaman konvensional.

Memandangkan permintaan cili yang semakin tahun semakin meningkat, ia telah menyebabkan negara terpaksa mengimport terlalu banyak cili luar untuk memenuhi permintaan pengguna.

Project Leader

Lokhman Hakim Osman (Faculty of Economics and Management, lokhman@ukm.edu.my)