MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Kelestarian Alam Sekitar Penanaman Kelapa Sawit dan Minyak Sawit di Kilang-Kilang Malaysia Timur: Kajian Kes di Sabah

Grant Category, Year:  Cluster Research Grant, 2017 

Abstract

Kelestarian alam sekitar, dengan penekanan kepada Petunjuk Prestasi Alam Sekitar (EPIs) adalah rangka kerja mneyeluruh bagi program kajian ini. Amalan diskriminasi, terutamanya daripada organisasi bukan kerajaan mesra alam (ENGOs) telah memberi kesan buruk kepada perdagangan minyak sawit global. Tumpuan penyelidikan dari segi pemain adalah penanam kelapa sawit dan pengilang minyak sawit kerana mereka adalah pihak yang paling lemah dari segi pencemaran dan kritikan.
Program penyelidikan yang dicadangkan akan bermula dengan kuantifikasi dan penngkatan EPIs untuk kedua-dua sektor di atas. Kuantifikasi dan peningkatan satu set komprehensif EPIs bagi setiap sektor adalah merupakan satu usaha perintis. Ini akan diikuti dengan satu penilaian terhadap tahap kelestarian alam sekitar untuk kedua-dua sektor menerusi satu siri spidergrams. Spidergrams, disertakan dengan data primer yang saling melengkapi dan akan membantu memastikan faktor penggalak dan penghambat kea rah pencapaian matlamat kelestarian alam sekitar. Penyelidikan yang dirancang akan dijalankan dalam dua kelompok projek usahasama dan saling berkaitan. Projek 1 akan menumpukan kepada penanam kelapa sawit, manakala Projek 2 akan memberi penekanan kepada pengilang minyak sawit. Projek 1 dan 2 adalah saling berkaitan dari segi faktor-faktor yang saling bergantung dan kukuh terutama bagi operasi bersepadu menegak. Kedua-dua sektor ini telah dipilih kerana mereka adalah paling lemah dalam keseluruhan rantaian minyak sawit dan kelapa sawit.
Metodologi kajian dimulakan dengan pengoperasian EPIs yang sesuai bagi setiap sektor. Data primer dan sekunder akan dikumpul dan dianalisis melalui pendekatan kaedah bercampur (mix-method). Data kuantitatif akan dilengkapi dan ditambah dengan data kualitatif. Hasil yang dijangka daripada program penyelidikan ini akan menjadi sumbangan pengetahuan baru mengenai kelestarian alam sekitar. Pencapaian dan kelemahan ini akan memudahkan pembentukan polisi alam sekitar dan pengurusan oleh MPOB dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, selari dengan sektor yang ditetapkan. Hasil jangkaan lain adalah pembangunan modal insan yang mempunyai kepakaran penyelidikan minyak kelapa sawit dan juga penerbitan berimpak tinggi dan jurnal berindeks SCOPUS yang mempunyai impak positif ke atas kerjasama kedua-dua institusi, iaitu UKM dan MPOB.

Project Leader

Er Ah Choy (Faculty of Social Sciences and Humanities, eveer@ukm.edu.my)