MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Membangun Kerangka Kandungan Modul Local Champions Belia Petani Kelapa Sawit

Grant Category, Year:  Small Research Grant, 2022 

Abstract

Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), 2021-2025, insentif kewangan untuk pelaburan bagi bangunan, jentera, latihan dan utiliti akan dikaji semula untuk memangkin peralihan daripada pertanian tradisional kepada pertanian moden. Mekanisme penyaluran subsidi dan insentif akan dirasionalisasi daripada berasaskan input kepada berasaskan prestasi dan output. Rasionalisasi ini dijangka dapat meminimumkan ketirisan serta menggalakkan produktiviti. Seterusnya meningkatkan pendapatan petani melalui Skim Tanam Semula (STS) 7 dengan menambah baik kepimpinan pertanian para petani. Bila daya kepimpinan petani kelapa sawit meningkat khususnya dari kalangan belia, matlamat STS 7 mudah tercapai. Pekebun kecil kelapa sawit dari kalangan belia akan menjadi perintis kepada skim baharu ini sebelum diperluaskan kepada semua pekebun kecil. Dalam pada itu, kepentingan aspek kepimpinan, perubahan minda dan transformasi pengetahuan kepada golongan belia yang menceburi pertanian kelapa sawit perlu ditingkatkan. Setakat ini, hanya 25.3% daripada 50,000 jumlah petani kelapa sawit terdiri daripada golongan belia. Satu daripada usaha penting bagi meningkatkan golongan belia terlibat dalam pertanian kelapa sawit ialah melahirkan local champions (LC). Local Champions ini akan menjadi ikon kepada belia-belia lain dan sebagai pembimbing kepada belia untuk menjadi petani kelapa sawit yang berjaya. Tujuan pertama kajian ini adalah untuk merangka model inklusif kepimpinan LC dari kalangan belia yang menceburi pertanian kelapa sawit. Tujuan kedua, membangun Kerangka Kandungan Modul LC Belia Petani Kelapa Sawit berasaskan model kepimpinan LC. Setakat ini belum ada lagi modul yang inklusif, tersusun dan lestari untuk membangun kepimpinan LC belia petani kelapa sawit. Metodologi yang digunakan ialah Development Needs Analysis (DNA) dan Training Needs Analysis (TNA). Jumlah sampel 370 orang belia dan 25 orang pakar sebagai responden kajian. Kaedah analisis yang digunakan adalah Fuzzy Delphi. Hasil kajian ialah kerangka modul LC yang merangkumi aspek endogenous dan neo-endogenous, satu jurnal terindek, satu persidangan, satu bab dalam buku dan satu IP.

Project Leader