MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Pembangunan Modal Insan dan Pekerjaan dalam kalangan Golongan Muda di Sektor Kelapa Sawit

Grant Category, Year:  Cluster Research Grant, 2017 

Abstract

Isu penciptaan peluang pekerjaan dalam kalangan golongan muda memang suatu yang tidak asing bagi kebanyakan negara termasuk bagi kes Malaysia. Ini kerana kebanjiran teknologi pada hari ini telah menjadikan peluang pekerjaan mula digantikan dengan mesin yang lebih effisyen dan dapat beroperasi dalam jangka masa yang lebih lama (24jam). Keadaan ini pastinya meningkatkan kadar pengangguran khususnya dalam kalangan golongan muda.
Sungguhpun pengangguran, namun terdapat juga masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor tertentu khususnya sektor pertanian, Ini memaksa akhirnya tenaga buruh dari negara luar seperti Indonesia, Bangladesh dan India di ambil bekerja dalam sektor ini. Pengambilan tenaga buruh asing merupakan solusi sementara kepada permasalahan yang dihadapi. Ini kerana dalam jangka panjangnya penggunaan terlalu banyak tenaga buruh asing menjadikan sektor ini terlalu bergantung kepada buruh asing selain timbul masalah sosial dan pengairan matawang asing ke luar negara melalui penghantaran pendapatan ke negara asal buruh. Jesteru itu, dalam jangka panjangnya mengundang masalah ekonomi yang lain.
Untuk menyelesaikan permasalahan ini, golongan muda harus mengambil alih tanggungjawab untuk terlibat serta dalam sektor pertanian ini khusunya di dalam sektor perladangan kelapa sawit yang menjadi antara sumber penting pendapatan negara.
Untuk melibatkan gologngan muda terlibat dalam industri kelapa sawit bukan suatu yang mudah kerana minda kebanyakan golongan ini beranggapan pekerjaan dalam industri kelapa sawit suatu yang sukar. Namun, hakikat sebenar pekerjaan dalam sektor ini perlu didedahkan. Jesteru itu kajian ini terlebih dahulu cuba mengenalpasti jenis perkerjaan yang berkait dengan industri sawit Malaysia, meneliti tahap kesedaran golongan muda terhadap industri sawit, memperkenalkan teknologi moden peladangan kelapa sawit kepada golongan muda, menilai tahap kesediaan bekerja golongan muda dalam industri sawit dan encadangakan polisi berkaitan hasil kajian.
Kajian ini menggunakan data primari yang diperoleh daripada kaji selidik yang dilakukan di lapangan di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia yang akan diagihkan mengikut zon iaitu zon utara, tengah, selatan dan Timur Semenanjung Malaysia. Sejumlah 800 sampel/response akan terlibat dalam kajian ini di keempat-empat zon kajian.
Melalui kajian ini, dijangka dapat memecahkan kebuntuan kekurangan tenaga kerja dalam sektor kelapa sawit dan memberikan peluang kepada golongan muda untuk terlibat sama dalam sektor pertanian khususnya peladangan kelapa sawit.

Project Leader

Norlida Hanim Mohd Salleh (Faculty of Economics and Management, )