MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Penggunaan Telefon Pintar dalam Kalangan Pekebun Kecil Kelapa Sawit dan Kaitan Gaya Kognitif dengan Tingkah Laku Pencarian Maklumat

Grant Category, Year:  Cluster Research Grant, 2017 

Abstract

Pada tahun 2016, bilangan pengguna telefon bimbit pintar dianggarkan menjadi lebih daripada 2 bilion orang di seluruh dunia (eMarketer 2014). Permintaan yang tinggi terhadap teknologi telefon pintar ini berikutan ia didapati sangat berguna kepada pengguna(Dahlberg et al. 2003) dan merupakan sebuah penciptaan yang canggih (Honan 2007), memandangkan platform ini terkandung pelbagai teknologi yang telah disatukan (Starkweather & Stowers 2009). Antaranya platform ini boleh digunakan untuk mengakses internet dengan cepat, boleh dimainkan digital media dan digital muzik, boleh digunakan sebagai pengesan GPS, kamera digital, serta terdapat pelbagai jenis aplikasi mudah alih (mobile applications) (Siegler 2009) yakni satu perisian mini (mini software) yang boleh melakukan pelbagai fungsi, di mana jenis fungsi mobile apps ini dapat dipilih sendiri oleh pengguna telefon pintar. Kepelbagaian ciri fan fungsi menyebabkan penerimaan atau kebergantungan orang ramai terhadap telefon pintar ini semakin hari semakin meningkat (Nurfit 2012). Tambah pula harganya yang berpatutan (reasonable price) (Qiang & Kuek 2011), mampu dimiliki oleh kebanyakan orang awam, di samping tidak memerlukan kursus atau latihan atau kemahiran yang tinggi untuk menggunakan atau mengendalikan telefon pintar ini.
Kemajuan yang dicapai oleh teknologi telefon bimbit pintar telah menyediakan cara untuk meningkatkan penyebaran maklumat intensif sektor pertanian dan juga membantu untuk mengatasi maklumat asimetri yang sedia ada dalam kalangan kumpulan petani (Mittal & Mehar 2012). Penggunaan telefon bimbit didapati dapat memudahkan pekebun kecil untuk mengakses maklumat pengeluaran dan teknologi untuk kegunaan tanaman mereka. Kebanyakan pekebun kecil juga didapati menggunakan telefon bimbit untuk mendapatkan maklumat berkaitan pasaran (Ajwang 2014). Secara idealnya kajian-kajian lepas kebanyakannya telah menunjukkan bahawasanya telefon bimbit pintar dapat memberi impak yang positif kepada pertanian, namun secara realitinya kajian-kajian lepas juga mendapati bahawa terdapat juga cabaran atau halangan dalam mengadaptasi penggunaan telefon bimbit pintar ini, di antaranya ialah perilaku maklumat (information behaviour) pekebun kecil yang cenderung untuk memilih menggunakan telefon pintar hanya untuk tujuan komunikasi sahaja, tidak menggunakannya untuk tujuan pencarian maklumat pertanian, kalaupun yang ada, tidak menggunakannya secara berkesan. Kaedah tradisional masih lagi menjadi pilihan pekebun kecil ini dalam mencari maklumat yang mereka perlukan, iaitu menerusi TV, radio, surat khabar, pekebun lain, pegawai penasihat pertanian, peniaga, pemborong, syarikat pembenihan dan saudara-mara (Mittal & Mehar 2012).

Project Leader

Azlina Abdullah (Faculty of Social Sciences and Humanities, azlina_ab@ukm.edu.my)