Brunei Borneo Sustainability Summit

22 April 2025 – Universiti Brunei Darussalam (UBD) dengan kerjasama United Nations Sustainable Development Solutions Network (SDSN) telah menganjurkan Sidang Kemuncak Kelestarian Brunei Borneo (BBSS) di Bandar Seri Begawan, Brunei. Persidangan ini turut menandakan mesyuarat sulung bagi 21 Ketua Kluster bersama daripada Panel Sains untuk Borneo (SPB), yang berkumpul untuk menyusun strategi dan langkah seterusnya bagi menyiapkan Laporan Penilaian Borneo yang akan dibentangkan sewaktu COP30 pada pertengahan November 2025 di Belém, Brazil.

BBSS menampilkan pembabitan 28 orang peserta dalam bengkel dua hari yang diadakan pada 21-22 April 2025, terdiri daripada saintis dan penyelidik dalam pelbagai bidang di seluruh Malaysia, Indonesia dan Brunei. Bengkel ini merangkumi sesi percambahan idea dan perbincangan menyeluruh mengenai data dan rancangan yang tersedia untuk Laporan Penilaian Borneo. Dr. Minhaz Farid Ahmed, Felo Penyelidik dari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM dan ahli-ahli SPB yang lain telah turut sama menyumbang dan memperhalusi idea untuk mengkaji keadaan sosio-ekonomi dan persekitaran semasa Borneo bagi menggalakkan kelestarian di rantau ini.

Disediakan oleh Dr. Minhaz Farid Ahmed
22 April 2025