Bersediakah Pihak Berkuasa Tempatan Menghadapi Cabaran Pembangunan Masa Hadapan?

9 Januari 2026 – Pembangunan bandar dan komuniti tempatan kini berdepan cabaran baharu, daripada perubahan demografi hingga evolusi teknologi. Persoalannya, sejauh mana pihak berkuasa tempatan (PBT) di Malaysia benar-benar bersedia menghadapi pembangunan masa hadapan. Bagi menjawab persoalan ini, Kajian Pembangunan Blueprint Kemampanan Kerajaan Tempatan 2026-2040 dilaksanakan melalui kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Uni-Technologies Sdn. Bhd. selaku perunding utama serta penganjur mesyuarat dan bengkel. Kajian ini menilai tahap kesiapsiagaan PBT dalam menyesuaikan perancangan, kewangan, tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan kepada keperluan masyarakat yang semakin berubah.

Dalam kajian ini, Dr. Nadzirah Hosen dari LESTARI, UKM berperanan sebagai perunding sosio-ekonomi dan pembangunan masyarakat dengan fokus kepada unjuran demografi masa hadapan, keupayaan PBT menyesuaikan perkhidmatan dan penglibatan komuniti. Bengkel intensif di Universiti Teknologi Malaysia menjadi fasa awal kajian yang menumpukan analisis literatur dan amalan terbaik antarabangsa berkaitan kemampanan PBT. Secara keseluruhan, aktiviti ini menyediakan asas konseptual yang kukuh bagi pembangunan Blueprint yang realistik dan boleh dilaksanakan secara nasional.

Disediakan oleh Dr. Nadzirah Hosen
9 Januari 2026