Penerbangan VR Dron untuk Pemetaan 3D

9 Januari 2026 – Aktiviti penerbangan VR dron untuk pemetaan 3D telah berjaya dilaksanakan bagi menyokong usaha pendigitalan ruang fizikal melalui teknologi pemetaan 3D berasaskan dron dan visual imersif dengan kerjasama RUMC (The Royal College of Surgeons in Ireland & University College Dublin Malaysia Campus). Aktiviti ini selari dengan keperluan dokumentasi digital bagi perancangan, visualisasi spatial dan pembangunan kandungan realiti maya. Objektif penganjuran aktiviti ini adalah untuk menghasilkan data pemetaan 3D yang komprehensif bagi tujuan penyelidikan, pembangunan kandungan VR, serta sokongan kepada inisiatif pembelajaran dan inovasi digital.

Aktiviti yang disertai oleh Ts. Dr. Lim Chen Kim ini telah dijalankan pada 1 hingga 9 Januari 2026 di Padang Brown dan sekitar Wawasan Open University (WOU), George Town, Pulau Pinang, melibatkan aktiviti penerbangan dron, pengumpulan data imejan udara dan pemprosesan awal model 3D oleh pasukan teknikal universiti. Pelaksanaan aktiviti ini berpotensi memperkukuh keupayaan universiti dalam teknologi VR dan pemetaan digital, menyokong pembangunan kandungan inovatif, serta membuka peluang aplikasi dalam pendidikan, perancangan kampus dan penyelidikan masa hadapan.

Disediakan oleh Ts. Dr. Lim Chen Kim
9 Januari 2026