8 Feb 2026 – Memperkasa Smart Geopark Melalui Teknologi Imersif dan Pendigitalan Warisan

8 Februari 2026 – Selama dua hari pada 7-8 Februari 2026, Ts. Dr. Lim Chen Kim telah dijemput sebagai penceramah dalam 625 611-266: Seminar for Engineering Management (I) dan 625 612-266: Seminar for Engineering Management (II) yang dianjurkan oleh Faculty of Engineering and Industrial Technology, Silpakorn University, Thailand secara atas talian. Seminar bertajuk “Advancing Smart Geoparks through Immersive Technologies: Key Insights and Way Forward” ini membincangkan penggunaan teknologi LiDAR, fotogrametri, digital twin dan realiti maya (VR) dalam memperkukuh pengurusan geopark pintar. Perkongsian bersama kakitangan dan para pelajar Silpakorn University ini memberi penekanan kepada integrasi teknologi imersif dalam pemeliharaan warisan geologi dan pembangunan pelancongan lestari. Penglibatan ini memperkukuh jaringan antarabangsa LESTARI serta menyokong SDG 9 (Inovasi dan Infrastruktur) dan SDG 11 (Bandar dan Komuniti Lestari) melalui pendekatan pendigitalan dalam pengurusan geopark.

Disediakan oleh Ts. Dr. Lim Chen Kim
8 Februari 2026