9 Feb 2026 – Bengkel Pasca-Persidangan Saintis Muslim Serantau

9 Februari 2026 – Prof. Madya Dr. Saiful Arif Abdullah, Felo Kanan di Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM telah dijemput bagi menghadiri Post-Regional Muslim Scientists Conference Workshop pada 9 Februari 2026. Bengkel yang telah berlangsung di Hotel Mardhiyah, Shah Alam, Selangor itu merupakan program susulan kepada Regional Muslim Scientists Conference yang telah berlangsung pada 17-18 November 2025. Bengkel tersebut bertujuan untuk memperkukuh jaringan kerjasama, membincangkan hala tuju penyelidikan berimpak tinggi serta menterjemahkan resolusi persidangan kepada pelan tindakan yang lebih praktikal.

Program ini merangkumi sesi perbincangan mengenai cabaran semasa dunia sains, pembentangan hasil dari perbincangan tersebut termasuk strategi penyelidikan, serta pembangunan kapasiti seperti penulisan saintifik dan pengkomersialan hasil kajian. Bengkel ini membuka ruang kolaborasi rentas institusi dan negara, meningkatkan potensi perkongsian kepakaran serta pemindahan teknologi, di samping memperkukuh integrasi nilai etika dalam penyelidikan. Inisiatif ini juga selari dengan aspirasi SDG 17: Partnerships for the Goals, yang menekankan kepentingan kerjasama strategik, perkongsian sumber dan jaringan global dalam memastikan pembangunan lestari dapat dicapai secara kolektif dan berimpak tinggi.

Disediakan oleh PM Dr. Saiful Arif Abdullah
9 Februari 2026