29 Jan 2026 – Merangka Kerja untuk Pengurusan Hutan Negeri Kedah

29 Januari 2026 – Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) bersama Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dan UKM Pakarunding sedang menjalankan kajian untuk menyediakan dokumen Rancangan Pengurusan Hutan Negeri Kedah 2026-2035. Kerja lapangan awal di Hutan Paya Sungai Merbok dan Gunung Jerai telah dilaksanakan pada 25 dan 26 Januari 2026 bagi menentukan status semasa pengurusan hutan di kawasan ini.

Sejurus selepas itu pula, satu bengkel bersama pegawai-pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah dianjurkan pada 27 hingga 29 Januari 2029 bagi merancang kerja penyelidikan dan kerja lapangan lanjutan untuk menyediakan dokumen RPH Negeri Kedah 2026-2035 ini. Bengkel telah dirasmikan oleh Tuan Haji Othman bin Deris, Pengarah Perhutanan Negeri Kedah dan disertai oleh seramai 26 pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Kedah dan 7 orang penyelidik dari UKM.

Disediakan oleh Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed
29 Januari 2026