17 Apr 2026 – Kerjasama Rentas Sempadan untuk ‘Protected Area’ dan OECM

SKUDAI, 17 April 2026 – Bengkel pasukan kajian bagi projek Develop Framework for Transboundary Protected Area Cooperation and OECM Recognition including Geospatial Analysis telah diadakan sebagai langkah awal membangunkan rangka kerja konservasi rentas sempadan di peringkat Asia. Bengkel ini berlangsung pada 16-17 April 2026 di UTM ICC Technovation Park, Johor dengan fokus kepada sesi percambahan idea dalam kalangan pasukan kajian bagi membentuk asas rangka kerja, termasuk penggunaan analisis geospatial dan pendekatan pengiktirafan OECM. Ia menghimpunkan pasukan penyelidik tempatan Malaysia sebagai persediaan ke arah pelaksanaan kerjasama serantau yang melibatkan beberapa negara di Asia.

Dr. Nadzirah Hosen dari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM terlibat sebagai rakan perunding dalam inisiatif ini. Beliau berperanan sebagai perunding Gender & Indigenous People and Local Community (IPLC) dengan melaksanakan pemetaan pihak berkepentingan, memastikan penglibatan wakil yang seimbang termasuk komuniti tempatan, serta mengintegrasikan analisis gender mainstreaming. Selain itu, beliau turut memastikan prinsip Free, Prior and Informed Consent (FPIC) diterapkan dalam semua proses penglibatan bersama komuniti.
Disediakan oleh Dr. Nadzirah Hosen
17 April 2026