15 Apr 2026 – Pemerkasaan Agenda Kesihatan Persekitaran Kebangsaan Melalui Pelan Tindakan NEHAP (2026 – 2030)

PUTRAJAYA, 14 April 2026 – Pasukan penyelidik Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) telah memainkan peranan utama dalam Mesyuarat Pembangunan Pelan Strategik National Environmental Health Action Plan (NEHAP) Malaysia 2026-2030 yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Pasukan penyelidik ini diketuai oleh Prof. ChM. Dr. Goh Choo Ta yang bertindak sebagai fasilitator utama dalam mesyuarat tersebut dan seterusnya menjalankan penyelidikan berkaitan Pelan Strategik ini.

NEHAP merupakan sebuah program kebangsaan yang diterajui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menyelaraskan kolaborasi pelbagai agensi yang berkaitan dalam usaha menambah baik kualiti kesihatan persekitaran negara melalui pelbagai strategi rentas agensi. Penglibatan aktif LESTARI dalam fasa pembangunan ini membuktikan kepakaran universiti dalam menterjemah penyelidikan kepada dasar nasional yang holistik, demi memastikan kelestarian dan kesejahteraan rakyat Malaysia terus terpelihara.

Disediakan oleh Mohamad Mahathir Amir Sultan
15 April 2026