8 Mei 2026 – LESTARI UKM Anjur Seminar Perubahan Iklim, Ekonomi dan Kesihatan, Bincang Cabaran dan Tindak Balas Dasar ke Arah Pembangunan Lestari

Bangi, 8 Mei 2026 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) menganjurkan seminar Interlinkages between Climate Change, Economy and Health: Challenges and Policy Responses towards Sustainable Development, di Bilik Senat, hari ini. Program ini menampilkan Pengarah Adaptation Division, The United Nations Framework Convention on Climate Change(UNFCCC), Dr. Youssef Nassef. Beliau menyampaikan Syarahan Umum berkenaan bagaimana tindak balas antarabangsa terhadap perubahan iklim dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan mengambil kira cabaran serta kesan jangka panjang.

Dr. Nassef turut membincangkan tinjauan masa hadapan yang boleh membantu masyarakat bersedia menghadapi perubahan iklim dengan lebih baik. Beliau juga menjelaskan bahawa negara kecil dan sederhana boleh memainkan peranan penting dalam usaha menangani isu iklim dunia melalui kerjasama dan hubungan diplomatik yang baik. Dalam program ini, Naib Canselor, Prof Dato’ Dr. Sufian Jusoh turut mengendalikan seminar bertajuk Climate Diplomacy: Complexity, Tradeoffs and Foresight’.

Seminar ini menampilkan Dr. Youssef Nassef; Dr. Revati Phalkey, Pengarah International Institute for Global Health; Prof. Dr. Goh Choo Ta, Pengarah LESTARI UKM dan Dr Intan Murnira Ramli, Senior Policy Fellow in the Policy Design Department, Economic Research Institute for ASEAN and East Asia (ERIA). Antara perkara yang dibincangkan dalam seminar tersebut ialah isu global seperti pandemik dan cuaca ekstrem, serta kesannya terhadap ekonomi, kesihatan awam dan perubahan iklim.
Laporan lanjutan: https://www.ukm.my/lestari/wp-content/uploads/2026/05/Laporan-Berita-Penuh-Seminar-Saling-Kaitan-antara-Perubahan-Iklim.pdf
Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
8 Mei 2026