3 Jun 2026 – Bengkel Intensif bagi Menguasai Kecemerlangan dalam Penyeliaan Pascasiswazah

GEORGE TOWN, 3 Jun 2026 – Ts. Dr. Lim Chen Kim dari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM telah dilantik sebagai Penceramah bagi satu program “Workshop on Mastering Excellence in Postgraduate Supervision” yang telah diadakan pada 3 Jun 2026. Bengkel intensif selama sehari ini dianjurkan oleh Wawasan Open University (WOU), bertempat di Pulau Pinang. Program ini bertujuan mendedahkan para penyelia akademik tentang transisi peranan daripada ‘bos’ tradisional kepada mentor, di samping membimbing penyeliaan yang jelas.

Dalam program ini, para peserta didedahkan dengan strategi pengurusan garis masa, integriti data, pematuhan etika, serta persediaan viva voce. Pada masa yang sama, mereka turut sering diingatkan bahawa pementoran berterusan bakal memberikan impak besar terhadap pemantapan kualiti graduan pascasiswazah. Penyertaan Dr. Kim di dalam bengkel ini bukan sahaja memperkukuh hubungan kerjasama dengan WOU, malah turut berpotensi meningkatkan keterserlahan khidmat kepakaran akademik LESTARI di peringkat institusi luar.
Disediakan oleh Ts. Dr. Lim Chen Kim
3 Jun 2026