8 Julai 2026 – Memupuk Kesedaran Pelajar Sekolah dalam ‘Mangrove Brigade Programme 2026’

PULAU CAREY, 8 Julai 2026 – Group Sustainability Department, SD Guthrie Berhad (Guthrie) dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Carey telah menganjurkan ‘Mangrove Brigade Programme 2026’ pada 8 Julai 2026, bertempat di Mangrove Research Centre, Pulau Carey, Selangor. Program dijalankan dengan tujuan meningkatkan kesedaran dan memperkukuh pengetahuan dalam kalangan 40 pelajar sekolah dan guru-guru mengenai ekosistem bakau dan kepentingannya dalam pemuliharaan alam sekitar.

Prof. Madya Dr. Ahmad Aldrie Amir dari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM telah dijemput oleh pihak Guthrie sebagai Penceramah bagi berkongsi ilmu kepada generasi muda ini berkenaan keperluan melindungi dan memelihara ekosistem bakau di persekitaran mereka. Menurut Dr. Aldrie, para pelajar dilhat sebagai wira-wira muda alam sekitar yang berpotensi menjadi pelapis perjuangan ke arah ekosistem bumi yang sihat dan lestari di masa hadapan. Program-program seumpama yang dianjurkan oleh Guthrie ini sememangnya amat disambut baik dan wajar menjadi contoh, di mana penyertaan daripada industri dan pihak swasta amat ditagih dan berpotensi untuk memupuk kesedaran alam sekitar secara lebih menyeluruh dan berterusan.

Disediakan oleh Nazren Leman & PM Dr. Ahmad Aldrie Amir
8 Julai 2026