18 Julai 2026 – Dr. Aldrie Sampaikan Ucaptama dalam Program Latihan China-ASEAN oleh MCF

SHENZHEN, 18 Julai 2026 – Prof. Madya Dr. Ahmad Aldrie Amir dari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM sekali lagi diterbangkan ke Shenzhen, China, kali ini dijemput bagi menyampaikan pembentangan Ucaptama dalam ‘China-ASEAN Mangrove Wetland Conservation and Restoration Training Programme’ bermula 16 hingga 18 Julai 2026. Program yang dianjurkan oleh Mangrove Conservation Foundation (MCF) ini telah dihadiri oleh ramai pengurus, pihak berkuasa tempatan dan pihak berkepentingan lain dari China, termasuk wakil-wakil negara di rantau ASEAN.

Program latihan ini menjadi platform pemudah cara dalam pertukaran ilmu serantau serta berhasrat memperkukuh kerjasama pemuliharaan ekosistem bakau dan pesisiran pantai dalam kalangan anggota negara ASEAN dan China. Melalui tajuk ucaptama “Are Mangrove Restoration Projects Being Done Right?’, Dr. Aldrie berkesempatan berkongsi pengetahuan, informasi dan pemerhatian beliau terhadap realiti dan impak positif/negatif projek-projek pemulihan habitat bakau yang telah dan sedang rancak berjalan di rantau ini dan dunia.

Disediakan oleh Nazren Leman & PM Dr. Ahmad Aldrie Amir
18 Julai 2026