16 Jun 2026 – Selangkah Menuju IUCN Green List: Penilaian ‘Tengku Hassanal Wildlife Reserve’

NILAI, 16 Jun 2026Green List Evaluation dan Mesyuarat EAGL Ke-30 telah berlangsung dengan jayanya pada 15-16 Jun 2026 di Nilai Spring Resort, anjuran IUCN Green List Malaysia dan World Wide Fund for Nature (WWF) dengan memberi tumpuan kepada penilaian Tengku Hassanal Wildlife Reserve sebagai calon kawasan perlindungan di bawah IUCN Green List. Dr. Nadzirah Hosen dari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM bersama rakan-rakan Expert Assessment Group for Green List (EAGL) yang lain melaksanakan penilaian secara bersama sepanjang keseluruhan proses, bermula daripada penilaian awal dokumen dan bukti sokongan sebelum melakukan lawatan tapak. Penilaian awal ini membantu mengenal pasti kekuatan, jurang maklumat dan perkara yang perlu disahkan di lapangan. Proses ini penting bagi memastikan penilaian dilaksanakan secara telus, sistematik dan berasaskan bukti.

Disediakan oleh Dr. Nadzirah Hosen
16 Jun 2026