Perbincangan Kerjasama Di Antara LESTARI UKM dan Agensi Nuklear Malaysia

Satu sesi perbincangan di antara Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI UKM) dan Agensi Nuklear Malaysia telah diadakan pada 26 Oktober 2022 bertempat di LESTARI UKM. Tujuan perbincangan ini adalah untuk meninjau peluang kerjasama di antara kedua-dua pihak. Ia bakal memberi manfaat kepada bidang penyelidikan kerana Agensi Nuklear Malaysia mempunyai pelbagai data yang bakal membantu para penyelidik dalam membuat analisis, khususnya modeling berkaitan persekitaran. Selain itu, Agensi Nuklear Malaysia juga turut mempunyai akses kepada stesen pemantauan dengan parameter tertentu yang terletak di seluruh dunia melalui initiatif CTBT (Non Comprehensive Nuclear-Test-Ban Treaty).

Kehadiran:

Prof. Madya Dr. Goh Choo Ta – Pengarah LESTARI UKM

Dr. Kamarudin Samuding – Pengarah Agensi Nuklear Malaysia

Prof. Madya Dr. Sharina Abdul Halim – Timbalan Pengarah LESTARI UKM

Prof. Madya Dr. Tan Ling Ling – Ketua Jaminan Kualiti. LESTARI UKM

Dr. Bashillah Baharuddin – Agensi Nuklear Malaysia

Dr. Lim Choun Sian – LESTARI UKM

En. Mohamad Syahiran Mustaffa – Agensi Nuklear Malaysia

En. Mohd Muzamil Mohd Hashim – Agensi Nuklear Malaysia

En. Faisal Izwan Abdul Rashid – Agensi Nuklear Malaysia

Dr. Tanot Unjah – LESTARI UKM

 

Laporan oleh Prof. Madya Dr. Sharina Abdul Halim