Bengkel kNovasi 2025 “AR/VR for Digital Sustainability” Sempena Kongres dan Pertandingan Inovasi Pengajaran & Pembelajaran (P&P) UKM (kNovasi 2025)

10-11 September 2025 – Bengkel kNovasi 2025 bertemakan “AR/VR for Digital Sustainability” telah berlangsung dengan jayanya sempena Kongres dan Pertandingan Inovasi Pengajaran & Pembelajaran (P&P) UKM 2025 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Bengkel ini menghimpunkan para akademik dan penyelidik yang berminat meneroka potensi teknologi Realiti Tambahan (AR) dan Realiti Maya (VR) dalam memperkukuh amalan kelestarian digital di universiti.

Wakil LESTARI memainkan peranan aktif sebagai penyumbang idea dan penceramah dalam sesi perkongsian mengenai penggunaan AR/VR bagi memupuk kesedaran terhadap perubahan iklim, pemuliharaan alam sekitar dan pendidikan lestari. Bengkel ini turut memberi peluang kepada peserta membangunkan pendekatan baharu dalam reka bentuk pengalaman pembelajaran interaktif yang menyokong matlamat SDG 4 (Pendidikan Berkualiti) dan SDG 13 (Tindakan Iklim).
Penyertaan ini bukan sahaja memperluas jaringan kolaborasi antara UKM dan institusi lain, malah turut membuka ruang kepada LESTARI untuk meneroka penyelidikan baharu dalam bidang teknologi imersif bagi pembangunan mampan dan inovasi pendidikan masa depan.
Disediakan oleh Ts. Dr. Lim Chen Kim
10 September 2025