Bengkel Pemodelan Peningkatan Aras Laut dan Kebolehrentanan Bahaya Tanah

16 Januari 2026 – Bengkel Pemodelan Peningkatan Aras Laut dan Kebolehrentanan Bahaya Tanah ini merupakan siri bengkel latihan selari dengan penyelidikan yang bertajuk “Development of Coastal Flooding, Extreme Heat, Extreme Wind and Soil Movement Hazard Maps of Peninsular Malaysia Based on Shared Socioeconomic Pathway (SSP) Scenarios” yang dijalankan oleh Institut Perubahan Iklim (IPI) dan TNB Research Sdn. Bhd. Bengkel selama dua hari pada 15 hingga 16 Januari 2025 ini diadakan di Bangunan Kompleks Penyelidikan UKM untuk berkongsi pengalaman dan pembangunan keupayaan pemodelan peningkatan aras laut, tanah runtuh dan tanah mendap yang berkaitan dengan perubahan iklim. Perkongsian mengenai aspek pemodelan bahaya tanah runtuh dan tanah mendap telah disampaikan dengan jayanya oleh PGeol. Dr. Lim Choun Sian, penyelidik geobencana di Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
Disediakan oleh PGeol. Dr. Lim Choun Sian
16 Januari 2026