Dua Ucaptama Perjelas Potensi/Kesan Transformasi Komunikasi Digital kepada Perubahan Iklim dan Kesihatan Awam

2 Februari 2025 – Dunia semakin dipacu oleh teknologi digital, lalu keperluan menyesuaikan diri ke arah gaya hidup lestari juga semakin penting. Sepadan dengan asas ini, Gs. Dr. Aida Soraya Shamsuddin telah menyampaikan pembentangan Ucaptama yang bertajuk “Digital Communication Transformation for a Sustainable Future: Low Carbon Lifestyles in the 5.0 Society Era” di dalam Multidisciplinary International PkM Online Series ADPI (OSA) BATCH 14 – Digital Communication Transformation in the 5.0 Society Era: Embracing a Connected and Intelligent Future yang telah dianjurkan oleh Association of Community Service of Indonesia (ADPI) secara atas talian.

Dr. Aida menekankan bagaimana transformasi komunikasi digital berpotensi menyokong amalan gaya hidup rendah karbon sebagai usaha menangani perubahan iklim. Beliau menerangkan lagi bahawa gaya hidup lestari merupakan langkah proaktif dalam mengurangkan pelepasan karbon yang menyumbang kepada pemanasan global. Dalam program yang sama juga, Dr. Aziemah Zulkifli, seorang lagi Felo Penyelidik LESTARI turut dijemput oleh ADPI sebagai Pembentang Ucaptama. Melalui pembentangan bertajuk “Electronic Cigarette, Misinformation & Digital Influence: The Public Health Challenge”, beliau berkongsi pandangan tentang sisi buruk teknologi digital dan bagaimana ia mendatangkan pelbagai cabaran dalam aspek kesihatan awam. Dr. Aziemah sempat menyelit peringatan bahawa dalam kecanggihan komunikasi digital mengurus kehidupan dengan lebih efisien, ia juga berupaya membawa kesan-kesan negatif jika diterjemahkan ke arah yang salah.

Disediakan oleh Gs. Dr. Aida Soraya Shamsuddin & Nazren Leman 2 Februari 2025