2 Feb 2026 – FAO Water Tenure Mondays Webinar Series – Water Tenure in Malaysia: Perspectives and Considerations

2 Februari 2026 – Water Tenure Mondays merupakan siri webinar yang dianjurkan oleh Food and Agriculture Organisation (FAO), sebagai wadah untuk membincangkan pelbagai aspek berkaitan sumber air, air dan hak ke atas sumber dan air tersebut dan perkaitannya dengan sumber-sumber asli lain, pembangunan dan tadbir urus. Sesi webinar berkenaan Malaysia, bertajuk Water Tenure in Malaysia: Perspectives and Considerations, telah diadakan atas talian pada 2 Februari 2026, dan dianjurkan secara bersama oleh FAO dan Global Water Partnership South East Asia, melibatkan pelbagai agensi antarabangsa dan pakar rujuk.
Sesi ini bertujuan untuk melihat peluang dan perkara-perkara yang perlu diberi pertimbangan berkenaan penggunaan konsep ‘water tenure’ di Malaysia. Pembentangan/perkongsian telah dibuat dan disampaikan oleh Prof. Dr. Sarah Aziz dan Dr. Lee Jing (Felo Bersekutu LESTARI). Hasil perbincangan siri-siri webinar ini akan dibawa ke Regional Dialogue on Water Tenure in Asia and the Pacific yang dijangka akan diadakan pada bulan April – Mei 2026.
Disediakan oleh Prof. Dr. Sarah Aziz Abdul Ghani Aziz
2 Februari 2026