Gaya Hidup Sihat Brisk Walk LESTARI @ Berjalan Pantas

21 November 2025 – Program Gaya Hidup Sihat ini telah diadakan dengan jayanya pada 21 November 2025 dengan penglibatan seramai 20 warga LESTARI. Ia merupakan inisiatif AJK Sukan di bawah anjuran Kelab Sosial dan Rekreasi (KSR), LESTARI. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakkan warga LESTARI mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti berjalan laju bagi meningkatkan tahap kecerdasan kardiovaskular, membakar kalori dan meningkatkan kesihatan jantung secara keseluruhan tanpa memberi tekanan tinggi pada sendi. Berjalan pantas juga merupakan senaman aerobik berintensiti sederhana dan mampu mengurangkan stress. Warga LESTARI telah berjaya berjalan pantas sejauh 3.5km dengan pembakaran lebih kurang 610 kalori aktif. Program Gaya Hidup Sihat ini akan diteruskan pada masa hadapan.

Disediakan oleh Rd Puteri Khairani Khirotdin
21 November 2025