GEOFORUM Sempena Hari Geodiversiti Antarabangsa 2025

6 Oktober 2025 – Sempena sambutan International Geodiversity Day 2025 dengan tema “One Earth, Many Stories”, Aspiring Sarawak Delta UNESCO Global Geopark telah menganjurkan GEOFORUM: Borneo’s Cradle of Origin khusus bagi tujuan pengembangan ilmu kepada komuniti sekitar geopark berkenaan. Forum ini melihat kepada kewujudan geologi yang merupakan asas kehidupan, khususnya dalam geopark yang mempunyai kepentingan antarabangsa dan bagaimana ia mampu mempengaruhi usaha pemuliharaan dan pemerkasaan biologi, budaya dan pelancongan.

Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM diwakili oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Prof. Madya Dr. Tanot Unjah dan Prof. Madya Dr. Sharina Abdul Halim yang menggalas tanggungjawab sebagai pembentang ucaptama dan moderator sesi. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo memberikan ucaptama mengenai tema “One Earth, Many Stories” itu sendiri sebelum disusuli oleh siri-siri forum. Dr. Tanot dijemput menjadi moderator untuk sesi pertama yang melihat keunikan warisan geologi Sarawak Delta Geopark dan sesi kelima di bawah aspek pengurusan yang menitikberatkan perancangan masa hadapan serta hala tuju geopark. Manakala Dr. Sharina bertanggungjawab menjadi moderator bagi sesi ketiga yang melihat kepada budaya dan kehidupan melalui naratif komuniti tempatan dan sesi ke empat yang membincangkan aspek inovasi, pendidikan dan geopelancongan mampan sebagai pemacu ekonomi hijau.
Disediakan oleh PM Dr. Tanot Unjah
6 Oktober 2025