ISEOH 2025: Beyond 2030 – Menangani Cabaran Kesihatan Alam Sekitar dan Pekerjaan

30 Julai 2025International Symposium of Environmental and Occupational Health (ISEOH 2025) anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berlangsung di Marina Putrajaya, menghimpunkan para pakar, penyelidik dan pengamal dalam bidang kesihatan alam sekitar serta pekerjaan. Simposium ini bertujuan memperkukuh jaringan kolaborasi dan perkongsian pengetahuan dalam menangani isu kesihatan global yang berpunca daripada faktor persekitaran dan tempat kerja.

Selaku Ketua Jawatankuasa Saintifik dan Plenary Speaker, Gs. Dr. Aida Soraya Shamsuddin memainkan peranan penting dalam penyelarasan kandungan akademik, pemilihan kertas kerja serta memastikan perbincangan yang dijalankan memenuhi objektif simposium. Dalam simposium ini, Dr. Aziemah Zulkifli daripada LESTARI turut dijemput sebagai Plenary Speaker, menyampaikan pandangan bernas beliau berkaitan cabaran kesihatan pekerjaan dalam era perubahan iklim.

Simposium ini telah memberi impak besar dalam memperkukuh kefahaman tentang hubungan antara alam sekitar, pekerjaan dan kesihatan awam. ISEOH 2025 turut membuka peluang kepada LESTARI untuk terus menerajui penyelidikan rentas disiplin ke arah pembangunan lestari dan kesejahteraan masyarakat.

Disediakan oleh Gs. Dr. Aida Soraya Shamsuddin
30 Julai 2025