Jejak Karbon Pelajar: Melestari Kampus Hijau UKM

24 Julai 2025 – Bengkel Pembangunan Modul Pengiraan Jejak Karbon Pelajar UKM telah dianjurkan bagi memperkukuh kesedaran warga kampus terhadap isu perubahan iklim dan amalan gaya hidup rendah karbon. Program ini dilaksanakan pada 24 Julai 2025 di Pulse Grande Hotel, Putrajaya dan dihadiri oleh felo penyelidik, pengawai sains, pegawai penyelidik serta pelajar universiti. Objektif utama bengkel ialah membangunkan modul pembelajaran berasaskan pendekatan saintifik bagi mengira dan menilai jejak karbon pelajar, di samping memupuk kefahaman terhadap konsep penggunaan bertanggungjawab.

Ia melibatkan aktiviti-aktiviti seperti sesi taklimat, latihan pengiraan jejak karbon dan perbincangan kumpulan bagi menambah baik instrumen modul. Program ini menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 4, 12, 13 dan 17 dengan memberi impak positif terhadap pendidikan kelestarian, perubahan tingkah laku pengguna, serta memperkukuh jaringan kolaborasi antara LESTARI dan komuniti kampus ke arah pembentukan Kampus Rendah Karbon UKM.

Disediakan oleh Gs. Dr. Aida Soraya Shamsuddin
24 Julai 2025