Kajian Rangka Tindakan Ekonomi Biru Malaysia

9 April 2025 – Ekonomi Biru menjadi agenda negara berdasarkan potensi sumbangannya sebagai sumber ekonomi baharu Malaysia. Pada masa sekarang, sumbangan Ekonomi Biru masih lagi dikembangkan ke tahap optimum. Kementerian Ekonomi menerusi Akademi Sains Malaysia (ASM) sebagai pasukan pakar perunding sedang melaksanakan Kajian Rangka Tindakan Ekonomi Biru Malaysia. Bagi menghasilkan dasar Ekonomi Biru yang komprehensif, input, perspektif dan pandangan daripada pelbagai pihak berkepentingan diperlukan bagi menghasilkan dasar yang inklusif. Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) sebagai institut penyelidikan multidisiplin menerusi Dr. Rospidah Ghazali yang berlatar belakang ekonomi dan berpengalaman menjalankan kajian sektor perikanan (nelayan sungai dan akuakultur darat) telah menyumbang idea dan cadangan kepada kajian yang sedang dilakukan. Penyertaan LESTARI di dalam kajian ini memberi impak daripada segi sumbangannya kepada pembentukan dasar Ekonomi Biru yang menjadi sumber kekayaan baharu Malaysia.
Disediakan oleh Dr. Rospidah Ghazali
9 April 2025