LESTARI dan Makmal Satelit Geopark, UTM Terokai Peluang Kolaborasi Penyelidikan Geopark dan Teknologi Digital Bersama Kyushu University

3-4 September 2025 – Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Makmal Satelit Geopark, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menerima lawatan akademik daripada Prof. Atsushi Tero dari Kyushu University, Jepun ke Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp). Lawatan ini dijalankan di sekitar kawasan Kubang Badak dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) dengan turut disokong oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) serta Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), UTM. Lawatan ini bertujuan memperkukuh jalinan kolaborasi antarabangsa dalam bidang penyelidikan geopark, pemetaan sumber geowarisan, dan pembangunan teknologi digital bagi pemuliharaan kawasan lestari. Prof. Tero turut diberi penerangan berkaitan hasil penyelidikan LESTARI mengenai ekosistem botanik di Kubang Badak yang melibatkan komuniti setempat.

Melalui interaksi dan pertukaran pandangan ini, peluang kerjasama penyelidikan antara UKM dan Kyushu University turut diteroka bagi menjalin usaha bersama dalam pembangunan kaedah saintifik untuk pemetaan dan pengurusan geopark secara mampan di peringkat global. Terkini, pasukan penyelidik sedang dalam usaha membuat kertas cadangan untuk permohonan geran di Jepun.

Disediakan oleh Ts. Dr. Lim Chen Kim
4 September 2025