Memperkukuh Jalinan Penyelidikan Global: Erasmus+ IIUM Lawat SEADPRI-UKM

27 Ogos 2025 – Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI-UKM) telah menerima lawatan rasmi daripada pasukan Erasmus+ Transnational Meeting, International Islamic University Malaysia (IIUM). Lawatan ini bertujuan memperkukuh jalinan kerjasama penyelidikan antarabangsa dalam bidang pendidikan alam sekitar dan keamanan global. Delegasi Erasmus+ diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatmir Shehu bersama Prof. Madya Dr. Ainul Azmin Md. Zamin dan disertai ahli akademik dari Jerman, Sepanyol, Austria, Albania dan Malaysia. Bengkel Kerjasama Penyelidikan diadakan di Bilik Kuliah Utama, LESTARI, melibatkan perbincangan mengenai pendidikan bencana, perubahan iklim dan pembinaan kapasiti komuniti.

Melalui program ini, kedua-dua institusi telah bertukar pandangan tentang pendekatan antara disiplin dalam menangani cabaran global. Lawatan ini berpotensi membuka ruang kolaborasi strategik bagi memperkukuh peranan institusi akademik dalam memajukan kelestarian dan ketahanan komuniti di peringkat antarabangsa.

Disediakan oleh Mohd Fairus Awang
27 Ogos 2025