8 Feb 2026 – Merangka Arah Tuju Program Sekolah Mampan Kuala Lumpur 2026

8 Februari 2026 – Bengkel Penyelarasan dan Pemantapan Program Sekolah Mampan Kuala Lumpur 2026 Local Action 21 Kuala Lumpur (LA21KL) anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah dijalankan pada 6 hingga 8 Februari 2026 di Melaka untuk membuat persiapan bagi proses penarafan dan penilaian Sekolah Mampan Kuala Lumpur. Perbincangan yang berlangsung memberikan fokus kepada tatacara untuk penarafan sekolah bagi menentukan bilangan sekolah yang akan dilawat untuk penilaian terperinici. Kaedah penarafan dan teknik rubrik penilaian turut dibincangkan bagi memastikan ketepatan penarafan dan penilaian yang akan dilaksanakan.

Selain itu, bengkel ini juga membincangkan program dan aktiviti di bawah Jawatankuasa Sekolah Mampan Kuala Lumpur untuk dilaksanakan bersama sekolah-sekolah di Kuala Lumpur bagi tahun 2026. Seramai 20 orang peserta terdiri daripada pegawai DBKL, pakar akademik, pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS), pegawai Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), guru-guru sekolah sekitar Kuala Lumpur dan badan bukan kerajaan telah hadir menyertai bengkel ini.

Disediakan oleh Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed
8 Februari 2026