Mesyuarat Kedua Penulis Utama bagi Laporan Khas IPCC Mengenai Perubahan Iklim dan Bandar, Mombasa, Kenya

25 Julai 2025 – Mesyuarat Kedua Lead Author bagi Laporan Khas IPCC mengenai Perubahan Iklim dan Bandar telah berlangsung pada 21–25 Julai 2025 di Mombasa, Kenya. Mesyuarat yang dianjurkan oleh Kenyan State Department for Environment and Climate Change ini menghimpunkan hampir 100 penulis dari lebih 50 negara bagi memajukan penyediaan First Order Draft yang akan dibuka untuk semakan pada Oktober 2025.

Prof. Joy Jacqueline Pereira, selaku Co-Chair of Working Group III, memainkan peranan penting dalam menyelaras input berkaitan mitigasi perubahan iklim serta memastikan integrasi antara tiga Kumpulan Kerja IPCC dalam penyediaan kandungan laporan. Beliau turut membimbing perbincangan teknikal agar penilaian yang dibangunkan relevan kepada konteks negara membangun. Mesyuarat ini memperkukuh kerjasama global dan menyediakan asas kukuh untuk laporan yang dijangka diterbitkan pada Mac 2027, dengan potensi impak besar dalam memperkasa penyelesaian iklim bandar yang adaptif dan berdaya tahan.

Disediakan oleh Prof. Dr. Joy Jacqueline Pereira
25 Julai 2025