Mesyuarat Pertama Penulis Utama bagi Laporan Khas IPCC Mengenai Perubahan Iklim dan Bandar, Osaka, Jepun

14 Mac 2025 – Mesyuarat Pertama Lead Author bagi Laporan Khas Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) mengenai Perubahan Iklim dan Bandar telah berlangsung pada 10-14 Mac 2025 di Osaka International Convention Centre, Jepun. Program ini menghimpunkan hampir 100 pakar dari lebih 50 negara untuk memulakan proses penyediaan draf laporan, berdasarkan rangka kerja yang dipersetujui Panel semasa sesi ke-61 di Sofia, Bulgaria.

Prof. Joy Jacqueline Pereira, sebagai Co-Chair of Working Group III, memainkan peranan penting dalam menyelaras kepakaran antara Kumpulan Kerja serta memberi panduan strategik kepada para penulis utama. Beliau turut memastikan perspektif negara membangun dan isu bandar Asia Tenggara diberi perhatian dalam perbincangan. Mesyuarat ini membuka ruang kerjasama global dalam menilai literatur terkini berkaitan risiko iklim bandar serta penyelesaian adaptasi dan mitigasi. Impaknya dijangka memperkukuh dasar berasaskan sains dan menyediakan asas kukuh bagi laporan akhir yang akan dimuktamadkan pada Mac 2027.
Disediakan oleh Prof. Dr. Joy Jacqueline Pereira
14 Mac 2025