Pasca-produksi Pemetaan 3D untuk Biogeotrail Kubang Badak, Langkawi

28 Disember 2025 – Aktiviti dan proses pasca-produksi pemetaan 3D bagi Biogeotrail Kubang Badak, Langkawi sedang giat dijalankan sebagai kesinambungan kepada usaha-usaha pendigitalan dan pemeliharaan warisan biologi dan geologi di kawasan Kubang Badak yang mempunyai nilai sejarah, ekologi dan pelancongan yang signifikan. Pemetaan 3D ini menyokong dokumentasi warisan yang sukar diakses secara fizikal serta memperkukuh interpretasi digital tapak warisan. Objektif utama penganjuran aktiviti ini adalah untuk menghasilkan model 3D dan kandungan digital yang tepat bagi tujuan pemuliharaan warisan, pendidikan, serta pembangunan pelancongan mampan berasaskan teknologi.

Aktiviti pasca-produksi ini telah dilaksanakan oleh Ts. Dr. Lim Chen Kim dan pasukan penyelidik pada 21 hingga 28 Disember 2025 melibatkan pemprosesan data dron, penjanaan peta 3D, serta integrasi kandungan ke dalam platform lawatan maya, dan dianjurkan bersama rakan strategik tempatan. Hasil aktiviti ini berpotensi meningkatkan keterlihatan Kubang Badak sebagai destinasi e-pelancongan, menyokong pemuliharaan warisan jangka panjang, serta memperkasa komuniti setempat melalui inovasi digital.
Disediakan oleh Ts. Dr. Lim Chen Kim
28 Disember 2025