Pemetaan 3D dan VR Biogeotrail Kubang Badak, Langkawi

16 November 2025 – Aktiviti pemetaan 3D dan VR Biogeotrail Kubang Badak, Langkawi telah dilaksanakan sebagai usaha pendigitalan dan pemeliharaan warisan bio-geo melalui penggunaan teknologi pemetaan moden. Kawasan Biogeotrail Kubang Badak yang mempunyai nilai sejarah dan ekologi memerlukan dokumentasi digital bagi menyokong pemuliharaan jangka panjang dan interpretasi pelancongan lestari. Objektif utama aktiviti ini adalah untuk menghasilkan model 3D dan kandungan Realiti Maya (VR) yang tepat melalui teknik fotogrametri dron bagi tujuan pendidikan, penyelidikan dan pembangunan e-pelancongan.

Aktiviti ini telah dijalankan oleh Ts. Dr. Lim Chen Kim dan pasukan bermula daripada 6 hingga 16 November 2025 di Biogeotrail Kubang Badak, melibatkan tiga pasukan utama iaitu pasukan dron, pasukan VR dan renjer Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang bertindak sebagai pengemudi bot serta membantu kerja pembersihan tapak sebelum pemetaan menggunakan dron komersial. Hasil aktiviti ini berpotensi menyumbang kepada usaha pemuliharaan warisan, memperkukuh kandungan pelancongan digital, serta menyokong pembangunan Biogeotrail Kubang Badak sebagai destinasi e-pelancongan lestari.

Disediakan oleh Ts. Dr. Lim Chen Kim
16 November 2025