Penglibatan Bersama dalam Pengurusan Geopark: Webinar Serlahkan Peranan Komuniti

14 Ogos 2025 – Webinar Pemerkasaan Komuniti Geopark Siri 2/2025 yang bertemakan “Pengurusan Geopark” telah berjaya dianjurkan secara atas talian dengan penyertaan lebih 100 orang peserta, termasuk wakil komuniti dari pelbagai geopark di seluruh Malaysia. Webinar ini dikendalikan oleh Prof. Dr. Sarah Aziz Abdul Ghani Aziz, Felo Akademik dari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan turut menampilkan tiga panelis berpengalaman daripada tiga geopark dalam negara, iaitu:
- En. Imran Ismail – Pengurus, Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad, mewakili komuniti Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp)
- Puan Madeline George Pau – Ketua, Unit Pengurusan Geopark, Sarawak Delta Geopark (SDGp)
- Dr. Johan Afendi Ibrahim – Pengerusi, Persatuan Geoguide Perlis Geopark
Antara pengisian utama webinar ialah perkongsian ilmu, pengalaman serta amalan terbaik dalam pengurusan geopark, dengan penekanan terhadap peranan dan kepentingan penyertaan meluas komuniti dalam pembangunan dan pengurusan geopark. Penglibatan komuniti tempatan dilihat sebagai tunjang kejayaan pelaksanaan geopark, bukan sahaja dalam usaha memelihara warisan tabii dan budaya, tetapi juga dalam menjana ekonomi setempat menerusi aktiviti pelancongan lestari dan penubuhan koperasi komuniti, serta membina rasa kesepunyaan dan tanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar.
Webinar ini merupakan siri kedua daripada empat Siri Webinar Pemerkasaan Komuniti Geopark yang dirancang oleh Pusat Penyelidikan Geotaman (PPG), LESTARI, UKM sepanjang tahun 2025 dengan kolaborasi bersama Persatuan Geologi Malaysia (GSM) dan Jawatankuasa Pelaksana Geopark di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES). Ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk terus menyokong agenda pembangunan geopark yang lebih berkesan dan lestari, serta memperkukuh jaringan kerjasama antara pihak akademik, pihak berkuasa tempatan, dan komuniti geopark di seluruh Malaysia.
Pautan Rakaman: Webinar Pemerkasaan Komuniti Geopark Siri 2/2025: Pengurusan Geopark
Disediakan oleh Nazren Leman
14 Ogos 2025



Collective Engagement in Geopark Management: Webinar Highlights Community Roles
14 August 2025 – Webinar Pemerkasaan Komuniti Geopark Siri 2/2025, themed Pengurusan Geopark, was successfully conducted online, attracting more than 100 participants, including community representatives from various geoparks across Malaysia. The webinar was moderated by Prof. Dr. Sarah Aziz Abdul Ghani Aziz, Academic Fellow at the Institute for Environment and Development (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) and featured three experienced panelists representing three geoparks in the nation:
- Mr. Imran Ismail – Manager, Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad, representing the Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp)
- Mdm. Madeline George Pau – Head, Geopark Management Unit, Sarawak Delta Geopark (SDGp)
- Dr. Johan Afendi Ibrahim – Chairman, Geoguide Association of Perlis Geopark
The webinar focused on sharing knowledge, experiences, and best practices in geopark management, with a strong emphasis on the significance of broad community participation in both development and governance processes. Local community involvement was highlighted as a key pillar for the successful implementation of geopark initiatives, not only in preserving natural and cultural heritage, but also in stimulating local economies through sustainable tourism activities and establishment of community cooperative, thus fostering a sense of ownership and environmental responsibility.
This webinar marked the second in a four-part series of Siri Webinar Pemerkasaan Komuniti Geopark organized by the Geopark Research Centre (PPG), LESTARI, UKM throughout 2025, in collaboration with Geological Society of Malaysia (GSM) and Geopark Implementation Committee under the Ministry of Natural Resources and Environmental Sustainability (NRES). The initiative forms part of an ongoing effort to continuously support more effective and sustainable geopark development, and strengthen collaboration between academic institutions, local authorities, and communities across geoparks in Malaysia.
Prepared by Nazren Leman
14 August 2025