Penyertaan Sesi Ke-63 Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC), Lima, Peru

30 Oktober 2025 – Sesi ke-63 Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) yang diadakan pada 27 hingga 30 Oktober 2025 di Lima, Peru telah memfokuskan kepada pemeteraian pelan kerja bagi Seventh Assessment Report (AR7) serta skop Methodology Report on Carbon Dioxide Removal (CDR) Technologies, Carbon Capture Utilization and Storage.

Prof. Dr. Joy Jacqueline Pereira, selaku Co-Chair of Working Group III, memainkan peranan utama dalam menyumbang pandangan strategik mitigasi serta memastikan input negara membangun turut diberi ruang dalam keputusan panel ini. Dalam sesi ini, panel mengesahkan garis besar laporan metodologi CDR serta cadangan bajet dan keanggotaan untuk kitaran AR7. Kesan jangka panjang aktiviti ini ialah mempercepatkan pengeluaran AR7, memperkukuh kerangka mitigasi global dan membuka peluang kepada penyelidik Malaysia menyertai secara aktif dalam proses IPCC serta memberi impak kepada dasar sains iklim negara.
Disediakan oleh Prof. Dr. Joy Jacqueline Pereira
30 Oktober 2025