Perkongsian Pengalaman Kajian Forensik Geologi dalam Forum Penyiasatan Insiden PETRONAS

24 April 2025 – Forum tahunan “PETRONAS Incident Investigation Upskilling and Appreciation Session 2025” telah dianjurkan pada 23-24 April 2025 di PETRONAS Twin Towers sebagai platform untuk ketua pasukan Siasatan Insiden Health, Safety and Environmental (HSE) dalam penyelarasan matlamat organisasi, dengan memberi tumpuan kepada penyampaian hasil siasatan yang menyeluruh dan berkualiti tinggi serta menggalakkan kerjasama antara GHSE dan pihak berkepentingan dalaman. Program ini juga memberi peluang kepada ketua kumpulan untuk kekal termaklum dengan perkembangan terkini serta berkongsi amalan terbaik dalam pelaksanaan siasatan insiden dan krisis. P.Geol. Dr. Lim Choun Sian daripada LESTARI UKM dijemput untuk berkongsi pengalaman penyiasatan forensik untuk geologi, tanah runtuh dan kerosakan paip saluran gas.
Disediakan oleh PGeol. Dr. Lim Choun Sian
24 April 2025