Persidangan ASIA-AQ Science Team Meeting 2025 Pertama Kali di Malaysia

24 Januari 2025 – Sebuah persidangan Asia-AQ 2025 Science Team Meeting telah dianjurkan oleh Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM dengan kerjasama National Aeronautics and Space Administration (USA) dan Malaysia Association for Aerosol and Air Quality Research (MAAQR). Persidangan ini telah berjaya mengumpulkan sejumlah 218 peserta dari negara-negara yang terlibat dengan Projek ASIA-AQ iaitu negara USA, Taiwan, Jepun, Filipina, Thailand, Canada, United Kingdom and China.Persidangan ini bertujuan membincangkan penemuan utama kempen Projek ASIA-AQ melalui perbincangan kolaboratif dan pertukaran idea di kalangan peserta antarabangsa dan serantau yang memberi tumpuan kepada peningkatan pemantauan kualiti udara dan penyelesaian pencemaran udara di rantau Asia.

Sepanjang lima hari acara berlangsung iaitu 20-24 Januari 2025, para peserta terlibat dalam perbincangan mendalam mengenai pelbagai topik berkaitan kualiti udara, termasuk penemuan saintifik terkini, sumber pencemaran udara, kesan kesihatan dan integrasi dasar. Persidangan ini juga memberi peluang kepada Ts. Dr. Murnira Othman, selaku ahli jawatankuasa dan penyelidik dari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) untuk memupuk kerjasama dan mewujudkan platform perkongsian penyelidikan baharu yang akan mengukuhkan bidang sains kualiti udara di seluruh Asia dengan penggunaan peralatan canggih dan pemantauan bahan pencemar udara berteknologi tinggi.
Disediakan oleh Ts. Dr. Murnira Othman
24 Januari 2025