Pre-Kolokium Siswazah LESTARI 2025: Pusat SGK Pantau Kemajuan Penyelidikan Pelajar

24 September 2025 – Pre-Kolokium Siswazah Pusat Penyelidikan Sains dan Governans Kelestarian (SGK), LESTARI 2025 telah berjaya dianjurkan secara atas talian bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Seramai 11 calon pelajar Doktor Falsafah, 5 orang Penyelia, 2 orang Pegawai Penyelidik dan seorang Penolong Pegawai Sains telah terlibat di dalam pembentangan pre-kolokium yang dijalankan pada tahun ini. Tujuan utama Pre-Kolokium Pusat SGK ini diadakan adalah sebagai platform yang memberi peluang kepada pelajar pascasiswazah membentangkan kemajuan hasil penyelidikan mereka dan mendapatkan maklumbalas serta komen penambahbaikan daripada Penyelia masing-masing serta maklumbalas daripada felo penyelidik LESTARI.

Selain itu, ia juga merupakan satu latihan bagi membangunkan keupayaan dengan melatih calon pelajar berkomunikasi serta mengukuhkan kemahiran penyelidikan. Ia sebagai persediaan untuk menghadapi Kolokium Siswazah LESTARI yang dijadualkan pada 15 hingga 16 Oktober 2025, di mana Kolokium Siswazah merupakan salah satu pra-syarat bergraduat kepada calon pascasiswazah bagi melengkapkan proses pengajian mereka.
Disediakan oleh Rd Puteri Khairani Khirotdin
24 September 2025